1



29/11/2016 - Sangat memalukan apabila wakil PKR di Pulau Pinang lebih mementingkan Rang Undang-Undang Babi berbanding Rang Undang-Undang Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS.

Ini menunjukkan bahawa PKR sebenarnya telah dipergunakan oleh DAP bagi meliberalkan bangsa melayu yang selama ini sangat fobia dengan apa saja yang berkaitan babi.

Didalam pembentangan mengenai Rang Undang-undang penternakan babi di Sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang oleh adun PKR baru-baru ini, usul berkenaan diluluskan tidak sampai pun satu jam.

Tidak seperti cadangan Pindaan Rang Undang-undang 355 yang dibentangkan di Parlimen, dimana wakil PKR memilih untuk tidak bersetuju dan menolaknya mentah-mentah.

Rakyat seluruh negara dapat melihat betapa tingginya martabat serta kepentingan babi di mata PKR berbanding usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan RUU 355.

Seperti langit dan bumi perbezaan pemikiran wakil PKR tentang Islam dan sensitiviti bangsa melayu jika mahu dibandingkan dengan pemikiran pemimpin PAS dan juga UMNO.

Hal ehwal babi bersungguh-sungguh diperkasakan dan diletakkan jauh lebih utama oleh pemimpin PKR, berbanding agama sendiri hanya kerana mahu pengiktirafan dan juga pujian dari ‘bos besar’ cap roket diatas.

Rakyat khususnya umat Islam tidak berasa hairan dan terkilan jika yang mahu memperkasakan penternakan babi itu adalah wakil dari kalangan bukan Islam.

Tetapi malang menimpa bangsa melayu kerana di zaman ini sudah ada anak bangsa yang ditunggangi DAP beria-ia mahu memodenkan kandang babi sehingga sanggup mengkajinya di Taiwan.

Beginilah hinanya Islam dan orang melayu dimata pembangkang apabila anak bangsa dijadikan macai untuk mengkaji serta menjaga hal ehwal babi di tanahair sendiri. Sungguh Memalukan!!


Post a Comment

  1. Ini semua nak jaga kerusi kuasa la. Agama dah terpinggir.

    ReplyDelete

 
Top