0

15/11/2016 - Walaupun sering mengatakan bahawa Kerajaan DAP di P.Pinang adalah kerajaan yang paling cekap mentadbir, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah membentangkan Bajet Defisit di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dalam rumusan pembentangan tersebut, Lim Guan Eng mengakui bahawa anggaran defisit bagi belanjawan tahun hadapan ialah sebanyak RM667.1 juta berbanding dengan anggaran 230.31 juta bagi tahun 2016.

Walaupun begitu, Guan Eng mendakwa kerajaan DAP negeri masih lagi mampu mencatatkan keuntungan di akhir tahun dan kerajaan negeri masih lagi mampu mencatatkan lebihan belanjawan.

Perbelanjaan mengurus tadbir kerajaan negeri pula meningkat dianggarkan sebanyak RM1.354 billion termasuk pindahan sebanyak RM790 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Didalam pembentangan Bajet itu juga, Pejabat Ketua Menteri serta Pejabat Setiausaha Kerajaan dicatatkan mendapat peruntukan tertinggi di antara jabatan-jabatan Kerajaan di Pulau Pinang.

Ketua Menteri mengumumkan bahawa tambahan peruntukan sebanyak RM546.02 juta akan diberikan kepada dua entiti tersebut berbanding peruntukan sebelum ini yang hanya berjumlah RM161.59 juta pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Kerajaan DAP juga mengumumkan peruntukan untuk mengatasi banjir kilat di negeri ini yang berjumlah RM220 juta yang akan diberikan kepada semua Jabatan yang berkaitan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Begitu juga dengan peruntukan bagi penambahan paip dari Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang yang bernilai RM50 juta untuk mengelakkan air dari membanjiri kawasan setempat.


Post a Comment

 
Top