0



6/11/2016 - Nampaknya darjat dan kemuliaan Tun Dr Mahathir Mohamad begitu tinggi di mata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mulia sungguh Mahathir sehingga Syed Saddiq sanggup menyekolahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Syed Saddiq bertindak menasihati Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa. Amboiii baru umur setahun jagung tapi bukan main lantang lagi mengkritik sultan Johor.

Dia ni pun dah nak jadi macam Mahathir jugak... Dok hentam Sultan Johor! Bukan itu sahaja, budak hingusan tu turut menuntut hak demontrasi di Johor walaupun Sultan Johor mangharamkan demontrasi di kawasannya. Siap sebut pasal akta-akta di negara ini... Macam la sultan tu tak tahu!

Akibat kebiadapan dan kelantangan Syed Saddiq... Tindakannya itu menarik perhatian Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairuddin. Farhan mendesak agar budak hingusan tu dedah dulu sumber kekayaan kroni-kroninya sebelum nak pertikai mengenai Sultan.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun juga turut mendesak Syed Saddiq agar menjawab terlebih dahulu pertanyaan Farhan. Dedah sekali dari mana datangnya kekayaan  instant multi-billionaire anak pinak Mahathir.

Bagaimana dorang dalam masa yang singkat sahaja tetapi sudah mampu untuk memperolehi kekayaan yang berlipat kali ganda banyaknya. Jutawan express la katakan! Kalau syed Saddiq tak mampu cari dari mana sumber anak pinak Mahathir boleh menjadi kaya raya.

Jadi lebih baik dia tutup mulut je! Jangan nak berlagak pandai dan sombong! Dia tu umpama semut je bagi Sultan johor... Ada hati nak sekolahkan Sultan pulak! Kalau nak jadi kuli batak Mahathir pun jangan sampai menghina Sultan.


Post a Comment

 
Top