1





6/11/2016 - Pelik sungguh, Tak boleh fikir ka apa geng Bersih ni?? Kalau iye pun terdesak sangat nak kutip peserta untuk sertai himpunan Bersih 5 pada 10 November nanti... Perlu ke sampai buat ceramah di medan selera??

Medan selera tempat orang makan dan isi perut oiiii!!! Bukan tempat dok sebar fitnah bodoh korang tu... Apa la takde otak ka?!

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan  Adun Bercham, Ching Chi Khing dengan tiada rasa bersalah bertindak menyampaikan ceramah di medan selera Ipoh.

Orang tengah berselera dok makan boleh pulak dorang dok bagi ceramah pasal himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur nanti. Memang la tu hak dorang tapi mana permit korang untuk berceramah??

Dah la tempat tu sah-sah tak sesuai... Lepas tu konon mengaku buat ceramah secara aman. Aman apanya kalau orang nak makan pun tak senang... Kena hadap ceramah korang pulak waktu makan.

Tindakan mereka itu bagaimanapun telah dihentikan oleh dua anggota polis... Pihak polis mengarahkan mereka agar menghentikan ceramah tersebut jika mereka tidak mahu mikrofon dirampas.

Kira-kira 150 pelanggan yang datang menjamu selera di medan tersebut mahu atau tidak terpaksa hadap dan tadah telinga dengar ceramah dorang. Bukan setakat ganggu dorang dengan berceramah je.

Kulasegaran  siap pergi dari satu meja ke meja yang lain konon untuk beramah mesra dengan pelanggan. Mana tahu kot dorang nak tanya pasal Bersih.

Ishhh.., mesti nak makan pun tak senang kan dok mengadap puak-puak gila tu semua... Mana ada orang yang suka bila diganggu time tengah makan.

Perkara macam ni yang rakyat marah sangat... Nak berdemontrasi dan ajak orang ramai tapi tak kena tempat. Kenapa tak buat ceramah masa orang tengah kebumikan mayat jugak??

Kalau dah kumpulan Bersih ni rasa ganggu orang tengah makan tak salah... Jadi kenapa tak ganggu sekali orang tengah baca talkin tu.


Post a Comment

  1. Bersih yg dah tak bersih..tak bersih tu sbb kotor.

    ReplyDelete

 
Top