0

Isu yang cukup hangat diperkatakan oleh netizen sekarang ialah tentang kenaikan harga minyak..

Beberapa hari lepas telah diumumkan tentang kenaikan harga minyak 15 sen seliter dah buatkan sesetengah netizen ‘berbunyi’.. Kenaikan ini dikatakan dah membebankan rakyat..

Haa, korang dengan ni nasihat sorang cikgu yang menggunakan gelaran cikgu Ameen.. Tak tahu la cikgu Ameen ni memang kerja sebagai cikgu atau sekadar gelaran..

Baca dan nilai sendiri, bil Astro yang korang dok bayar sebulan lebih seratus padahal waktu korang tengok TV hanya sejam dua korang mampu bayar.. Tapi, bila harga minyak naik hanya 15 sen semua orang dah  mengamuk..

Kalau korang malas lagi nak baca luahan hati Cikgu Ameen ni, cikgu Ameen pun sempat lagi ajar korang matematik.. Buat kira-kira sikit untuk buka mata orang ramai tentang kenaikan harga minyak..

Iyerlah dok riuh sana sini, yang guna minyak petrol pun dalam sebulan agak-agak guna sampai lebih 1,000 liter ke sebulan..

Habis kuat kalau korang guna motor sebulan isi dalam 20 liter, jumlah yang perlu ditambah hanya RM3.. Kalau setahun jumlah yang dikeluarkan hanya RM36..

Pihak kerajaan dah bagi BR1M pada semua orang anggaran setiap isi rumah RM1,000-RM1,050.. Kalau guna BR1M yang pihak kerajaan bagi untuk bayar harga minyak petrol pun masih ada baki lagi yang boleh diguna untuk beli barang keperluaan lain..

Sebelum ni, Apple lancarkan Iphone baru kat Malaysia, berebut-rebut rakyat Malaysia nak beli.. Bila minyak naik 15 sen mengamuk cakap duit tak ada, duit tak ada beli Iphone ke bang? ~ MissA


Post a Comment

 
Top