0



28/11/2016 - Prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang kononnya diamalkan oleh kerajaan DAP P.Pinang sebelum ini, terbukti hanyalah alat untuk pemimpin-pemimpin DAP menipu rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata sedemikian didalam satu sidang medianya berkaitan dengan kepincangan kerajaan DAP P.Pinang didalam isu penambakan laut di negeri ini.

Teng mendedahkan bahawa, kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng telah secara rahsia dan senyap-senyap bertindak meluluskan projek tambakan laut sepanjang 59 ekar di Persiaran Gurney tahun ini.

Pada tahun 2015, kerajaan DAP P.Pinang mengumumkan telah meluluskan 131 ekar sahaja kawasan penambakan laut di kawasan berkenaan di sidang Dewan Undangan negeri.

Tetapi, pada pembahasan bajet 2017 oleh Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan P.Pinang, Lim Hock Seng, amat mengejutkan apabila kawasan penambakan laut bertambah secara senyap-senyap menjadi 190 ekar.

Ini bermakna kerajaan DAP P.Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah meluluskan tambahan 59 ekar kawasan penambakan tanah tanpa pengetahuan sidang DUN dan juga rakyat P.Pinang.

Teng juga mempersoalkan mengapa kerajaan DAP P.Pinang bertindak menyembunyikan perkara berkenaan dari pengetahuan rakyat serta wakil-wakil rakyat di negeri ini?

Ini membuktikan bahawa kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng sudah tidak lagi boleh dipercayai kerana perbuatan menyembunyikan perkara sebesar ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi amanah rakyat.

Projek penambakan laut dikawasan Persiaran Gurney di P.Pinang sebelum ini mendapat tentangan hebat dari beberapa NGO dan juga aktivis alam sekitar.

Mereka berpendapat, tindakan kerajaan DAP negeri itu akan merosakkan alam sekitar serta akan menghapuskan kehidupan marin serta keindahan semulajadi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, segala bantahan yang dikemukakan langsung tidak diendahkan kerana kerajaan DAP negeri lebih mementingkan pembangunan yang di lihat mampu menguntungkan pihak mereka.


Post a Comment

 
Top