1

21/11/2016 - Isu penyelewengan di Pulau Jerejak yang semakin diperkatakan di negeri ini, menjadi kian panas apabila sudah mula berlaku insiden cabar mencabar diantara dua pemimpin parti cina terbesar di P.Pinang.

Pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow hari ini berikrar akan terus membongkar kewujudan perjanjian dengan jaminan keuntungan diantara dua syarikat yang mahu membangunkan Pulau Jerejak.

Tindakan Teng itu sekaligus akan ‘membogelkan’ Guan Eng dan DAP negeri yang selama ini banyak memutarbelitkan cerita untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat didalam isu berkenaan.

Teng ketika ditemuramah media berkata, dia tak akan berhenti untuk membongkar semua perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan DAP, khususnya dalam hal perjanjian TIRSB bersama Ideal Property Sdn Bhd yang sangat meragukan.

Beliau juga mengaku tidak gentar dengan cabaran Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng yang mendesaknya membuktikan segala salahlaku kerajaan DAP P.Pinang didalam isu Pulau Jerejak.

Teng juga menasihatkan Guan Eng supaya bersabar dan jangan terlampau gembira kerana segala dokumen bukti sedang dalam perjalanan untuk didedahkan kepada rakyat khususnya di P.Pinang.

Sebelum ini, Teng yang juga Pengerusi Barisan Nasional P.Pinang itu mendakwa kerajaan DAP P.Pinang berpotensi mengaut keuntungan sebanyak RM220 juta, sekiranya tidak membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties.

Dalam kenyataan balasnya pula, Guan Eng yang juga Exco Tanah di P.Pinang mencabar Teng mengemukakan bukti dan menempelak pemimpin BN tersebut yang dikatakan hanya bercakap kosong.

Pulau Jerejak kini berhadapan dengan kemusnahan alam sekitar secara besar-besaran jika ianya dibangunkan untuk projek rumah mewah serta pusat peranginan oleh kerajaan DAP negeri.

Menurut beberapa pemimpin BN sebelum ini, Pulau Jerejak sewajarnya diwartakan sebagai hutan simpan negeri tetapi rancangan tersebut dimusnahkan oleh kerajaan DAP yang hanya mementingkan keuntungan.


Post a Comment

 
Top