0

18/11/2016 - Masih berdegil untuk membuat pasukan keselamatan sendiri di P.Pinang, Lim Guan Eng bertegas akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri bagi merayu tentang kelulusan Badan Peronda Sukarela (BPS).

Dalam satu kenyataannya kepada media semalam, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tetap mempertahankan bahawa BPS adalah untuk kebaikan.

Beliau juga akan menetapkan satu tarikh selepas berakhir sesi Sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang, bagi mengadakan pertemuan dengan Datuk Nur Jazlan Mohamad berkenaan isu BPS yang dibangkitkan sebelum ini.

Guan Eng menjelaskan, BPS ditubuhkan dibawah Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dan tiada pangkat atau sebarang perbezaan taraf dikalangan anggota BPS.

Selain itu, Guan Eng juga menegaskan bahawa BPS langsung tidak sama dengan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang telah diharamkan penubuhannya sebelum ini.

Dan beliau juga menafikan bahawa BPS mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti politik dan hanya akan bertugas membantu Polis menjaga keselamatan kawasan-kawasan serta penduduk setempat.

Pada tahun 2014, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia setelah beberapa anggotanya didapati menyalahguna kuasa dan bertindak melampaui batas terhadap orang awam di P.Pinang.

PPS ketika itu juga dikesan mempunyai anggota yang terdiri dari kongsi gelap serta individu yang mampu mencetuskan huru hara didalam masyarakat.

Oleh kerana itulah, entiti tersebut tidak dibenarkan meneruskan kegiatan mereka walaupun dibantah keras oleh kerajaan DAP P.Pinang pada masa tersebut.


Post a Comment

 
Top