0



15/11/2016 - Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Rafizal Abd Rahim hari ini menyelar Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana terlampau suka menyalahkan orang lain biarpun dia dan DAP melakukan kesalahan.

Guan Eng juga sering menunding jari pada pihak lain untuk mengelak dari disalahkan oleh rakyat khususnya didalam isu banjir dan juga bencana alam di negeri ini.

Rafizal juga turut mengecam Setiausaha Agung DAP tersebut yang disifatkannya sebagai bodoh sombong kerana masih belum insaf dengan perangai cakap tak serupa bikin didalam mentadbir P.Pinang.

Ketua Pemuda UMNO itu juga menjelaskan bahawa, rakyat negeri ini tidak akan lupa semua pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin DAP tersebut yang suka membuat fitnah terhadap kerajaan BN.

Selain menuduh kerajaan BN sudah bankrap kerana isu 1MDB, Guan Eng juga menolak Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen.

Malah pemimpin pembangkang juga bertindak keterlaluan dengan keluar dari dewan rakyat secara beramai-ramai, selepas tidak bersetuju dengan pengundian meluluskan Bajet berkenaan.

Rafizal juga menempelak Guan Eng yang tidak sedar diri meminta-minta dan juga merayu peruntukan dari kerajaan Pusat untuk menangani bencana banjir di P.Pinang.

Menurut Rafizal, kerajaan DAP P.Pinang telah memohon peruntukan dari kerajaan BN untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir yang berjumlah RM 997juta.

Kerajaan DAP sanggup habiskan RM 305juta bagi kos kajian perlaksanaan, RM 540juta untuk kos pengambilan tanah dan RM 5.5billion untuk kos pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.

Jadi mengapa pula kerajaan DAP pimpinan Guan Eng berkira dan kedekut untuk berbelanja sedikit wang kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat? soal Rafizal.


Post a Comment

 
Top