0


P.Pinang, 3/11/2016 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata, Dap sepatutnya malu apabila cuba menyalahkan kerajaan pusat berkaitan isu banjir kilat yang melanda negeri pimpinan mereka iaitu Pulau Pinang.

Jelasnya, jika Dap sanggup membazir sebanyak RM305 juta hanya untuk membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut maka kenapa Dap tidak sanggup mengeluarkan bajet untuk dana tebatan banjir.

Rakyat negeri ini sudah sedia maklum bahawa kerajaan DAP negeri mempunyai simpanan tunai melebihi RM 1billion. Ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, bukannya difitnah oleh Umno.

Jadi mengapakah pula Guan Eng dan DAP menyalahkan kerajaan pusat diatas berlakunya banjir di negeri ini? Adakah Guan Eng takut imej sucinya tercalar?

Menurut Rafizal, Guan Eng dan DAP mungkin menganggap rakyat P.Pinang sebagai bodoh dan tak mampu berfikir. Maka sebab itulah mereka sanggup menipu rakyat.

Jika DAP sanggup membayar jumlah yang sebegitu banyak kepada kajian terowong yang sampai kini pun masih tak nampak bayang, kenapa DAP tak mahu keluarkan wang untuk kebajikan rakyat negeri?

Ini menunjukkan bahawa DAP langsung tak mementingkan masa depan rakyat. Mungkin DAP hanya fikir tentang rakyat sewaktu tiba hari mengundi sahaja. Itupun mereka hanya menabur janji palsu dan kosong.

Rafizal juga menjelaskan, Guan Eng sepatutnya malu pada rakyat P.Pinang kerana hanya berani sembang besar. Rakyat negeri ini sebenarnya sudah muak dengan perangai buruk Guan Eng dan DAP.

Jika dulu Guan Eng dan DAP selalu menuduh Kerajaan Pusat akan bankrap dibawah pimpinan DS Najib, tetapi kini dia yang paling banyak bising meminta peruntukan untuk negeri.

Inilah perangai Guan Eng dan DAP yang tebal muka dari tapak kaki. Mereka ini berperangai keji yang sanggup menipu rakyat untuk kesenangan sendiri sahaja.

Yang buruk semuanya diletakkan pada kerajaan pusat, tetapi yang mulia dan suci dikatakan hanya mereka seorang sahaja. Sangat memalukan!


Post a Comment

 
Top