0

9/11/2016 - Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mempertikaikan keputusan Guan Eng yang menamakan Chow Kon Yeow sebagai pengganti Ketua Menteri P.Pinang.

Menurut beliau, jawatan itu bukan milik Guan Eng dan sewajarnya diberikan kepada Timbalan Ketua Menteri. Ia juga bukannya secara sesuka hati boleh diturunkan kepada orang lain.

Teck Meng juga mempersoalkan, mengapakah Guan Eng tidak pilih Timbalan Ketua Menteri yang sedia ada? Adakah kerana TKM itu bukan orang cina?

Menurut Teck Meng, ini kerana jawatan tersebut seharusnya diganti oleh timbalannya dimana dua orang timbalan beliau adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan India.

Mengapakah Guan Eng lebih cenderung untuk memilih bangsanya sendiri bagi meneruskan legasi pentadbiran rasis di Pulau Pinang? Apakah Timbalannya yang terdiri dari orang Melayu dan India tak mampu mentadbir? ujarnya.

Beliau juga mempertikaikan tentang perlantikan 2 Timbalan Ketua Menteri itu oleh Guan Eng, yang disifatkannya hanya sebagai wayang politik sahaja.

Melayu dan India tak layak? Apa gunanya dua orang timbalan itu? Dua-dua nampak tidak ada kepercayaan dari dia sendiri? Itu harus beliau jawab, katanya.

Sebelum ini di Majlis ulangtahun DAP, Lim Guan Eng menamakan Kon Yeow bagi menggantikan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas dia tiada lagi.

Ia adalah berikutan skandal banglo di Jalan Pinhorn dan tanah Taman Manggis yang dibeli Guan Eng di bawah harga pasaran dan berkemungkinan beliau akan dipenjara atas tindakan tersebut.


Post a Comment

 
Top