0

21/11/2016 - Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dikecam hebat oleh pelbagai pihak kerana cuba mencari publisiti murahan dengan merasmikan pembukaan semula jalan persekutuan di Teluk Bahang yang runtuh baru-baru ini.


Jalan tersebut telah siap dibaiki dengan menggunakan dana persekutuan dan tanpa perasaan malu, Guan Eng muncul untuk merasmikannya seolah-olah ia dibiayai oleh kerajaan negeri.

Inilah yang dikatakan “Lembu punya susu, sapi dapat nama”. Apa tujuan Guan Eng berlakon memotong ribbon dan juga berlagak merasmikan jalan tersebut sambil penyokongnya merakam video?

Apakah ianya bertujuan untuk menipu rakyat P.Pinang, khususnya penduduk kawasan Batu Ferringhi dan juga Tanjung Bungah yang kini amat marah kepada kerajaan DAP negeri?

Bagaimana penduduk dikawasan berkenaan tidak marah jika pembangunan lereng bukit dan juga penerokaan tanah dikawasan berkenaan menyusahkan hidup mereka.

Tanah jalan yang runtuh juga berpunca dari aliran air yang semakin tak terkawal, akibat dari hilangnya kawasan tadahan air di lereng-lereng bukit terbabit.

Siapa yang meluluskan penerokaan bukit, penggondolan hutan serta pembangunan tak terkawal sehingga terjadinya bencana alam di negeri P.Pinang jika bukan Guan Eng dan kerajaan DAP.

Sebelum ini, Guan Eng menunding jari kepada kerajaan pusat apabila tanah jalan yang menghubungkan Balik Pulau dan juga Tanjung Bungah runtuh selepas hujan lebat beberapa hari di P.Pinang.

Beliau juga mendesak kerajaan pusat segera membaiki dan juga menyelenggara runtuhan di jalan terbabit kerana didakwa ianya bukan tanggungjawab kerajaan negeri.

Malangnya, hari ini beliau merasmikan pula jalan yang telah siap dibaiki bagi mendapat publisiti murahan dari rakyat P.Pinang. Siapa yang cuba bermain wayang politik jijik sekarang??


Post a Comment

 
Top