0

14/11/2016 - Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng hari ini bertindak memfailkan saman terhadap akhbar Berita Harian dan NSTP diatas satu artikel yang didakwa memfitnah beliau didalam hal berkaitan Shaikh Hussain Mydin.

Perbuatan Guan Eng ini dilihat sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan dan juga menghalang hak kebebasan media di dalam melaporkan tentang diri beliau dan juga kerajaan DAP P.Pinang.

Didalam satu kenyataan, Lim Guan Eng mendakwa bahawa beliau terpaksa mengambil tindakan saman terhadap media kerana tidak mempunyai pilihan serta mahu menegakkan keadilan.

Guan Eng juga mendakwa bahawa tindakan saman yang diambil kepada media juga bertujuan mengajar media agar melaporkan berita yang betul mengenai dirinya.

Setiausaha Agung DAP tersebut juga menjelaskan kepada pemberita bahawa akhbar Berita Harian berniat jahat, apabila melaporkan perkara yang bercanggah dengan fakta didalam kes mahkamah diantara beliau dan Datuk Dr Shaik Hussain Mydin.

Pihak NSTP yang menerbitkan Berita Harian pula menafikan tuduhan Guan Eng dan tetap menganggap apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan adalah benar dan tidak bercanggah.

Guan Eng memang terkenal dengan sikap yang tidak boleh dikritik oleh media konvensional. Beliau juga merupakan diantara pemimpin politik yang paling banyak memfailkan saman terhadap media.

Tetapi dalam masa yang sama, pemimpin DAP berkenaan juga sering mengutuk serta menghasut rakyat agar membenci individu lain didalam negara.


Post a Comment

 
Top