0

14/11/2016 - Seorang lelaki berbangsa melayu terselamat dari cubaan membunuh diri, apabila diselamatkan oleh sekumpulan pemancing di bawah jambatan P.Pinang petang semalam.

Menurut saksi, lelaki berkenaan yang memakai baju t berwarna merah serta berseluar jeans terjun dari jambatan berkenaan sejurus selepas menghentikan kenderaannya di atas jambatan terbabit.

Lelaki berkenaan ‘bernasib malang’ kerana hasratnya untuk membunuh diri terhalang oleh sekumpulan pemancing yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut.

Pihak Polis kemudiannya dihubungi dan lelaki berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk disoal siasat.

Nampaknya kini P.Pinang bukan sahaja terkenal dengan destinasi perlancongan menarik, malahan ia kini juga mempunyai tempat tarikan baru bagi individu yang mahu membunuh diri khususnya bagi orang melayu.

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng serta Kerajaan DAP negeri seharusnya berbangga kerana selain dari P.Pinang menjadi pusat banjir kilat yang terkenal di kawasan utara, ia juga menjadi destinasi ‘bunuh diri” secara terjun jambatan.

Disarankan agar pihak kerajaan negeri memasukkan destinasi baru ini didalam peta negeri untuk makluman para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.

Mungkin satu hari nanti, destinasi ‘bunuh diri’ di jambatan P.Pinang ini menjadi popular dan akan tercatat didalam sejarah seperti yang berlaku di Hutan Aokigahara di negara matahari terbit Jepun.


Post a Comment

 
Top