0

22/11/2016 - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, DS Zainal Abidin Osman mempersoalkan tindakan Guan Eng dan Kerajaan DAP yang mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status pembangunan Pulau Jerejak.

Zainal juga mendesak pihak kerajaan DAP negeri agar menjelaskan 5 persoalan utama didalam isu Pulau Jerejak, yang perlu difahami dan diketahui oleh rakyat negeri ini tanpa sebarang putarbelit.

Didalam kenyataannya, Zainal mahu pihak kerajaan DAP negeri menjelaskan sama ada pembangunan seluas 80 ekar yang telah diluluskan di Pulau itu akan disusuli dengan aktiviti penambakan laut.

Ini dikhuatiri projek penambakan laut dikawasan berkenaan akan memusnahkan alam sekitar serta merosakkan dan mencemarkan laut.

Beliau turut mempersoalkan bilakah status hutan simpan Pulau Jerejak yang di wartakan sejak dari tahun 2008 dahulu, hendak dilaksanakan oleh kerajaan DAP negeri?

Sepatutnya, kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan haruslah bebas dari sebarang pembangunan berhampiran yang boleh mengancam alam sekitar.

Selain itu, Zainal turut mahu Guan ENG menjelaskan mengenai syarikat Ideal Group yang dikatakan mempunyai banyak projek pembangunan hartanah dengan kerajaan DAP negeri. Apakah ini secara kebetulan atau sebaliknya?

Begitu juga dengan harga jualan equity PDC yang perlu dijelaskan sama ada, ianya dijual secara leasehold 99 tahun atau ianya dijual secara freehold kepada syarikat berkenaan.

Menurut Zainal lagi, kerajaan DAP juga dikatakan merancang membanggunkan perumahan mewah di Pulau berkenaan. Persoalannya, apakah ada perancangan bagi mewujudkan rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau terbabit?

Inilah persoalan yang masih kabur kepada rakyat negeri ini. Guan Eng wajar menjelaskan satu persatu jika mereka benar-benar telus dan juga tidak mempunyai agenda tertentu.


Post a Comment

 
Top