1

18/11/2016 - Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi negeri P.Pinang, DS Sharif Omar mendakwa Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah melakukan yang terbaik untuk orang melayu di negeri ini.

Sharif yang juga bekas Menteri Pertanian dan juga bekas Ketua Bahagian UMNO mendakwa, slogan Hidup Melayu yang dilaungkan oleh UMNO hanyalah sandiwara kerana ia digunakan untuk merosakkan bangsa melayu.

Didalam satu forum yang dianjurkan oleh DAP di Tasek Gelugor semalam, Sharif juga mencabar orang melayu khususnya rakyat P.Pinang membuktikan bahawa Guan Eng seorang yang sangat Anti kepada melayu.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang ingatannya, tiada langsung sebarang perbuatan Guan Eng yang boleh dikategorikan sebagai Anti Melayu seperti yang dituduh oleh masyarakat khususnya penyokong UMNO selama ini.

Sharif juga menempelak UMNO P.Pinang yang kehabisan modal dan masih lagi menggunakan slogan perkauman iaitu 'Hidup Melayu' untuk menipu rakyat.

Rakan baik kepada Mat sabu itu juga mendakwa Lim Guan Eng adalah jauh lebih baik dari pemimpin-pemimpin UMNO yang sangat rasis dan juga asyik menipu rakyat selama ini.

Didalam forum berkenaan juga, Sharif mendakwa beliau menyertai PAN kerana mahu mengubah negara dan mahu memperjuangkan nasib rakyat di P.Pinang.

Sebagai makluman, DS Sharif Omar bertindak keluar dari UMNO pada tahun 2013 kerana merajuk apabila nama beliau tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Tasek Gelugor.


Post a Comment

  1. Kalau Guan Eng sayang Melayu kenapa tak buat rumah murah? Kenapa robohkan lebih 100 kampung Melayu untuk dibangunkan kondo2 dan rumah mewah tak mampu milik? Kenapa dia jual tapak rumah PPRT Taman Manggis? Tu pulau Jerejak dijual, ada apa2 perancangan pemilikan aset untuk Melayu? Sharif dol ni buta mata buta hati gamaknya. Dapat kekayaan dari UMNO. Dah kaya gigit UMNO, memang kufur nikmat kamu ni.

    ReplyDelete

 
Top