0

15/11/2016 - Kerajaan DAP P.Pinang 'bermurah hati' untuk mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 kepada seluruh anggota penjawat awam di negeri ini.

Didalam pengumuman tersebut semasa pembentangan bajet 2017 di Sidang Dewan Undangan negeri, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata akan kerajaan negeri akan membuat pembayaran pada bulan depan.

Pembayaran bonus tersebut akan melibatkan seluruh anggota penjawat awam negeri ini, iaitu seramai 4'178 anggota keseluruhan dan melibatkan peruntukan sebanyak RM4.19 juta.

Menurut Ketua Menteri, jumlah ini difikirkan akan dapat membantu meringankan beban tangungan penjawat awam yang menghadapi tekanan ekonomi.

Jumlah yang diumumkan oleh Lim Guan Eng itu bagaimanapun kurang dari Bajet Selangor yang berjumlah dua bulan gaji kepada seluruh penjawat awam di negeri berkenaan.

Sebelum ini didalam Belanjawan Selangor, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak 2 bulan gaji yang berjumlah RM57.25 juta kepada penjawat awam di negeri berkenaan.

Menurut Azmin, jumlah itu diberikan bagi membantu penjawat awam di Selangor membuat persediaan awal untuk menghadapi persekolahan anak untuk tahun hadapan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bonus setengah bulan yang diumumkan oleh Ketua Menteri P.Pinang itu berkurangan berpunca dari meningkatnya perbelanjaan untuk Pejabat Ketua Menteri.


Post a Comment

 
Top