0

22/11/2016 - Insiden seorang lelaki warga emas berketurunan cina yang mengamuk selepas disaman oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dihadapan bangunan DUN kelmarin, kini jadi viral di media Hong Kong.

HK.On.cc, melaporkan bahawa lelaki warga emas tersebut mengutuk kerajaan Pulau Pinang yang didakwa sebagai tidak mempunyai hati perut kerana didakwa mengambil kesempatan keatas rakyat.

Dilaporkan juga bahawa kerajaan negeri P.Pinang bertindak keterlaluan apabila mengeluarkan saman yang bernilai HK 87 (RM50) kepada warga emas berkenaan yang meletakkan kenderaan untuk membeli batu nesan kepada ibu mertuanya.

Portal terbabit juga menyebut bahawa lelaki warga emas tersebut dinafikan hak untuk merayu kerana pintu bangunan DUN ditutup oleh pengawal keselamatan disitu.

Liputan yang dibuat oleh media luar tentang kejadian sebegini sangat memalukan khususnya kepada rakyat P.Pinang.

Tambahan pula, ia membabitkan seorang warga emas yang di lihat teraniaya akibat tindakan kerajaan DAP negeri yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Laporan sebegini bukan sahaja menjatuhkan imej negeri, tetapi ia juga sudah tentu akan menjatuhkan imej Malaysia keseluruhannya yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri P.Pinang seharusnya berasa malu kerana mempraktikkan polisi negeri yang menyusahkan rakyat serta mengabaikan kebajikan warga emas.


http://hk.on.cc/int/bkn/cnt/news/20161121/mobile/bknint-20161121224010637-1121_17011_001.html


Post a Comment

 
Top