1

29/11/2016 - Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) yang dianggotai oleh Suaram, mengecam penangkapan kartunis Zunar yang mereka dakwa tidak bersalah menghina dan memfitnah Perdana Menteri Malaysia.

Didalam satu kenyataan, Presiden FIDH, Dimitris Christopoulos, berkata penangkapan tersebut tidak wajar kerana Zunar dikatakan hanya menggunakan hak kebebasannya untuk berkarya.

Dimitris yang merupakan seorang peguam dari Greece juga mahu kerajaan Malaysia menamatkan serta merta gangguan terhadap kartunis berkenaan.

Beliau juga mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan terhadap kartunis yang menghina Perdana Menteri tersebut.

Selain itu, peguam yang sering mengendalikan isu kewarganegaraan serta hak-hak pendatang di Greece itu mahu kerajaan membenarkan pembangkang bebas bersuara.

Tindakan Dimitris tersebut menimbulkan persoalan kerana ia boleh dianggap cuba menganggu pentadbiran negara dan juga campurtangan didalam urusan undang-undang Malaysia.

Mengapa begitu cepat sekali FIDH melompat dengan penangkapan aktivis pembangkang seperti Zunar yang jelas cuba menganggu gugat keamanan serta kesejahteraan rakyat?

Apakah kartunis terbabit dibiayai sepenuhnya oleh mereka bagi mencetuskan huru hara dan menyemai kebencian rakyat terhadap kerajaan? Ataupun ia merupakan perancangan barat bagi mewujudkan campurtangan asing didalam negara?

Perbuatan menghina pemimpin tertinggi negara menjadi satu kesalahan dan dikenakan hukuman berat di negara-negara seluruh dunia bagi menjamin kestabilan pemerintahan.

Tambahan pula, apa yang cuba dilakukan oleh kartunis Zunar bukan lagi sekadar berkarya, tetapi ianya lebih cenderung kearah mewujudkan kebencian kepada Perdana Menteri serta kerajaan pemerintah.

Oleh itu, tak perlu ada campurtangan asing untuk mengajar pentadbiran sesebuah negara bagi menangani pengkhianatan yang dilakukannya, melainkan individu berkenaan adalah ejen asing yang diupah bagi mencetuskan kekacauan.


Post a Comment

  1. Jangan ambil peduli dgn anasir-anasir yg hendak menegakkan hak asasi ini. Mereka ini pun patut di tangkap. Berkarya lah sebanyak mana pun tetapi apabila karya yang dihasilkan bertujuan menghina dan memfitnah itu tidak boleh dibenarkan. Berkarya dengan penuh tanggungjawap. Jangan bila didakwa nanti boleh kata hanya gurauan pulak..

    ReplyDelete

 
Top