0

23/11/2016 - Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik oleh wakil rakyat UMNO, DAP dan PKR, selepas dua kali menangguhkan pembentangan laporan PAC projek terowong dasar laut dan lebuh raya dalam sidang DUN.

Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berpendapat, kegagalan itu merupakan sesuatu yang serius dan PAC perlu bertanggungjawab terhadap penduduk negeri ini, apatah lagi kos projek tersebut terlalu tinggi iaitu mencecah RM6.3 bilion.

Selain dari dikecam oleh Adun UMNO/BN, Lim Guan Eng juga dikritik hebat oleh Adun DAP serta PKR kerana penjelasan yang tidak memuaskan didalam isu pelaksanaan projek terowong dasar laut tersebut.

Rata-ratanya mereka berpendapat penjelasan yang dibuat oleh kerajaan DAP negeri wujud banyak percanggahan, terutama selepas pemimpin BN bertindak mendedahkan berhubung isu terbabit.

Lebih menarik, Adun PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng mendedahkan beberapa maklumat yang didakwanya bercanggah pada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negeri (PAC) Pulau Pinang.

Menurut beliau, laporan yang tertera didalam laporan Jawatankuasa tersebut tidak menyatakan kaedah pembayaran untuk menjalankan Kajian Kebolehlaksanakan (EIA) projek tersebut kepada orang ramai.

Beliau juga mendesak Kerajaan DAP negeri memperincikan status bayaran RM305 juta yang dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat dalam kajian tersebut.

Selain itu, Adun PKR dan DAP juga mendesak kerajaan negeri menjelaskan semua butir-butir mengenai pampasan tanah yang dibayar kepada rakyat dan juga jumlah wang tunai yang telah dihabiskan, sekiranya kerajaan negeri menolak projek berkenaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan juga Kerajaan DAP Negeri kini menjadi tumpuan kritikan rakyat, berikutan kegagalan projek terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dan juga seberang di negeri ini.

Tindakan Guan Eng yang memberikan kenyataan berbelit-belit serta menyembunyikan fakta sebenar tentang projek berkenaan juga dikecam oleh majoriti rakyat.


Post a Comment

 
Top