0

9/11/2016 - Ketua Gerak Kerja bencana MCA DUN Pengkalan Kota, Lim Swee Bok mengutuk kerajaan Pulau Pinang kerana telah mencadangkan satu garis panduan perumahan baru untuk meningkatkan ketumpatan seekar kepada 128 unit.

Menurut beliau, banjir kini semakin kerap berulang di Pulau Pinang dan ia telah membuktikan bahawa sistem perparitan Pulau Pinang telah hilang kemampuan.

Semua ini adalah kerana kerajaan DAP negeri yang mengabaikan kepentingan rakyat serta alam sekitar didalam projek pembangunan sehingga menyebabkan keruntuhan jalan, tanah runtuh, banjir, dan kini sehingga menggugat nyawa rakyat Pulau Pinang !

Lim Swee Bok juga mengecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang bukan sahaja mahu meningkatkan kepadatan perumahan sebanyak hampir 50%, tetapi juga mahu pemaju membina pangsapuri mewah yang sekali lagi menunjukkan sikap hodoh mereka yang “terlalu pro perniagaan”.

Ujar beliau, sukar untuk dibayangkan bahawa kerajaan Pulau Pinang meningkatkan nisbah plot dengan syarat-syarat yang pemaju perlu membina rumah lebih daripada 900 kaki persegi, yang berharga lebih daripada RM400,000.

Bukankah ini menggalakkan pemaju untuk membina lebih banyak pangsapuri mewah? Mengapa ia bertentangan dengan dasar rumah mampu milik negeri Pulau Pinang?, katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan Pulau Pinang perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai percanggahan dasar ini. Mengapa ia memberi pemaju faedah berganda dengan nisbah plot yang lebih tinggi serta mengutamakan pembinaan pangsapuri mewah?

Kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang pada hari ini adalah hampir mustahil untuk diselesaikan. Lagi kerajaan Pulau Pinang membenarkan nisbah plot yang lebih tinggi. Bagaimana memandu di jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang?, soal Lim.

Lim yang juga merupakan Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung , menyoal mengapa Rancangan Tempatan Pulau Pinang ditangguhkan? Adakah ia satu plot konspirasi untuk menghantar hadiah besar kepada para pemaju?

Ini amat menyedihkan, yang bermaksud bahawa pembangunan Pulau Pinang akan dijalankan tanpa Rancangan Tempatan. Ini adalah satu perkara yang sangat serius. Kerana pembangunan dan perancangan negeri akan hilang peraturannya.

Beliau turut mendakwa, banyak kawasan di Pulau Pinang kini sangat terdedah kepada banjir, tanah runtuh dan juga keruntuhan jalan yang membahayakan pengguna jalan raya.

Ini adalah akibat daripada pembangunan berkepadatan tinggi yang menghasilkan sistem perparitan yang tidak cukup untuk menghadapi hujan lebat.

Bagaimana boleh kerajaan Pulau Pinang hanya meningkatkan kepadatan perumahan?

Beliau menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk segera menarik balik dasar pembangunan berkepadatan tinggi yang tentu akan membawa bencana dan bahaya kepada rakyat Pulau Pinang.


Post a Comment

 
Top