0

4/11/2016 - Umno P.Pinang hari ini menggesa Badan Pemikir kerajaan DAP negeri P.Pinang, Penang Institute supaya menjelaskan pada rakyat berkenaan isu sumbangan dari Yayasan Yahudi George Soros.

Mereka juga tak mahu kerajaan DAP menipu rakyat yang selama ini menuduh kerajaan Najib menerima sumbangan Yahudi, walhal mereka yang melakukannya.

Mengapa seluruh kepimpinan kerajaan DAP negeri hanya membisu tentang isu ini? Bukankah selama ini mereka begitu lantang didalam menuduh kerajaan BN dengan pelbagai fitnah yang bukan-bukan?

Mengapa Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera tak berani komen apa-apa ketika ditanya oleh media di Parlimen? Bukankah dia selama ini begitu ghairah menuduh pemimpin kerajaan makan rasuah?

Jika didalam isu sumbangan dana dari Timur Tengah yang diberikan kepada Perdana Menteri, semua pemimpin DAP begitu cepat menghasut rakyat dan menuduh bagai nak gila.

Tetapi kini terbukti bahawa kerajaan DAP P.Pinang sendiri menerima wang sumbangan dari ejen Yahudi, yang dibenci oleh seluruh rakyat Malaysia ekoran krisis matawang tahun 1997.

Tak cukup dengan itu, sebelum ini pemimpin DAP lah yang paling lantang menuduh kerajaan Malaysia menerima bantuan dari Yahudi menerusi APCO.

Pada ketika itu seluruh rakyat dimomokkan dengan fitnah bahawa Malaysia akan tergadai pada Yahudi kerana Perdana Menteri mengambil Yahudi sebagai penasihat.

Kini siapa yang mahu menjual negara kepada Yahudi sebenarnya? Menerima sumbangan derma dari Yayasan milik Yahudi untuk menggulingkan kerajaan, adalah bukti DAP sangat bahaya.

Selagi kerajaan DAP P.Pinang tidak menjelasan tentang sumbangan dari Yayasan Yahudi tersebut, rakyat wajib menganggap mereka telah bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjatuhkan negara!


Post a Comment

 
Top