0

14/11/2016 - Kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa dia dan Ketua Polis Negara telah berbincang mengenai penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS), akhirnya memakan diri apabila ianya terbukti palsu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi media memberitahu, beliau langsung tidak pernah membincangkan perkara berkenaan dengan Guan Eng.

Malah Khalid juga menegaskan bahawa beliau langsung tidak pernah berjumpa dengan Setiausaha Agung DAP tersebut bagi berbincang mengenai perkara berkenaan.

Ini bermakna, Guan Eng bukan sahaja berbohong kepada anggota-anggota BPS dan juga media yang hadir didalam pelancaran BPS di KOMTAR, tetapi dia juga berbohong kepada seluruh rakyat P.Pinang.

Wajarkah seorang Ketua Menteri yang selama ini begitu angkuh kononnya sangat telus, berbohong kepada rakyat dan juga cuba untuk mengelirukan orang ramai dengan kenyataan palsu sedemikian?

Jika perkara yang membabitkan keselamatan rakyat sebegini pun sanggup dipolitikkan oleh Guan Eng, entah apa lagi yang telah dibohonginya selama 2 penggal memerintah P.Pinang.

Sebagai makluman, ini bukan kali pertama pemimpin DAP berkenaan bercakap bohong kepada rakyat dan juga putarbelit kenyataan didalam media.

Pada 20 Oktober 2009, Guan Eng juga berbohong kepada rakyat apabila menuduh SDO Nik Ali tidak menyediakan kerusi untuk beliau duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera.

Pada ketika itu Guan Eng bertindak menyaman akhbar Utusan yang didakwanya memfitnah beliau kerana tiada bukti bahawa beliau berkata sedemikian sewaktu majlis terbabit.


Post a Comment

 
Top