1

“Saya tidak sangka semua ini berlalu dengan cepat kerana arwah tunang beria-ia mahu melangsungkan perkahwinan kami, malah sanggup bercuti bersama rakannya di pekan Dannok, Thailand, Sabtu lalu, sambil membeli barangan hantaran untuk majlis perkahwinan kami pada 10 Disember depan.

“Malah, kali terakhir dia menghantar kiriman WhatsApp pada saya ialah pada malam Sabtu lalu dan beritahu akan membelikan paste tomyam dari sana untuk saya masak buat kali terakhir sebelum berkahwin,” kata Noor Hafizah Yahya.

Noor Hafizah, 22, berkata, tunangnya, Mohd Amirul Rais Khalid, 24, yang berasal dari Pokok Sena, tidak mempunyai sebarang penyakit, malah dia kelihatan sihat ketika ke Thailand Sabtu lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila rakan tunangnya datang menemuinya di Pulau Pinang dan menyerahkan segala dokumen pengenalan diri milik arwah sebelum memaklumkan Mohd Amirul Rais meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah hotel di pekan Dannok.

Sebagai makluman, selain dari pusat membeli belah bagi penduduk utara semenanjung, Pekan Dannok juga sangat popular dikalangan lelaki hidung belang yang datang untuk mencari kepuasan batin.

Terkenal dengan pusat-pusat urut yang menawarkan harga murah dan juga pusat hiburan yang meriah diwaktu malam, membuatkan lelaki-lelaki bernafsu buas takkan puas dengan hanya semalam tidur disana.

Post a Comment

  1. Mang la danok tkenal tmpat mksiat..tp x perlu post ulasan dlm entri kematian org tu..seolah2 nak kaitkan arwah..

    ReplyDelete

 
Top