0

17/11/2016 -Didalam satu kenyataan semasa sidang akhbar di Komtar semalam, Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kekecewaannya apabila mendakwa media tak adil didalam melaporkan Bajet P.Pinang.

Guan Eng juga 'menyerang' Sin Chew Daily yang dituduh semakin pro kerajaan kerana gagal melaporkan peruntukan banjir kilat yang diberikan oleh kerajaan DAP negeri.

Sambil menyifatkan bahawa media tidak adil didalam melaporkan bajet yang dibentangkannya, Guan Eng juga mendakwa Sin Chew sudah tidak lagi berminat untuk melaporkan urusan kerajaan negeri.

Didalam kenyataanya, Setiausaha Agung DAP tersebut juga menempelak beberapa akhbar harian yang tidak langsung mahu melaporkan mengenai pengumuman bajet P.Pinang.

Beliau mempertikaikan mengapa bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri lebih diberi perhatian tetapi bajet yang dibawa olehnya langsung tidak dipandang oleh media.

Guan Eng juga menjelaskan bahawa dia mengiktiraf hak media untuk membuat apa pun liputan untuk rakyat, tetapi beliau kecewa apabila kenyataannya didalam bajet P.Pinang dipinggirkan.

Selain dari isu bajet P.Pinang, Guan Eng turut mempertikaikan mengapa laporannya mengenai penjualan saham di Pulau Jerejak tidak diterbitkan oleh akhbar khususnya Sin Chew.

Guan Eng juga mendakwa beliau kecewa kerana beberapa akhbar termasuk Sin Chew kini telah menjadi seperti media Barisan Nasional seperti The Star, The News Straits Times dan juga Berita Harian.

Sebelum ini, Ketua Menteri P.Pinang itu mengamalkan sikap pilih kasih kepada media yang membuat liputan program kerajaan khususnya di sidang media beliau.

Media-media mainstream seperti TV1, TV3, Utusan dan Berita Harian diharamkan oleh kerajaan DAP P.Pinang dari membuat liputan di dalam acara kerajaan DAP negeri.


Post a Comment

 
Top