1

Sangat memalukan apabila DAP yang sejak kebelakangan ini dipeluk dan dipuja oleh Mahathir serta seluruh pemuja taksubnya, menganggap Mahathir sebagai seorang 'bapa ayam'.

Tak cukup dengan itu, Mahathir juga dilabelkan sebagai 'ular' yang sangat berbahaya oleh perwakilan DAP dari Taman Chai Leng di Majlis Tahunan DAP di P.Pinang.

Gelaran 'bapa ayam' dan juga 'ular' boleh dikatakan merupakan penghinaan paling besar pada Mahathir sepanjang berpuluh tahun berada didalam karier politiknya.

Seburuk-buruk PAS yang dikutuk oleh Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, belum pernah rasanya pemimpin politik parti berkenaan menggelarnya sedemikian rupa.

Paling kuat pun Mahathir cuma digelar Mahafiraun kerana pemerintahan kuku besi dan juga diktator beliau. Itupun dicakap secara berlapik kerana masih ada hormat sesama Islam.

Dan sejahat-jahat Anwar Ibrahim yang Mahathir sumbat ke penjara, tak pernah lagi kita dengar Anwar atau pengikutnya menggelarkan Mahathir sebagai 'bapa ayam' yang kerjanya menjadi mandur menjaga pelacur.

Kini Mahathir dimalukan dengan begitu teruk oleh kafir didalam parti cauvinis DAP, sehinggakan kita sendiri malu sebab pemimpin politik melayu dianggap sedemikian rupa.

Apakah Mahathir dan seluruh pemuja taksubnya sedar diri setelah dihina dan dipijak-pijak maruahnya oleh DAP? Sudah tentu dengan tebal muka mereka akan mengatakan ianya pandangan peribadi sahaja.

Mahathir dan seluruh konco-konconya juga tak akan sesekali marah pada DAP sebab mereka tak ada jalan lain untuk mencari sokongan bagi menjatuhkan kerajaan melayu/Islam pimpinan Perdana Menteri.

Percayalah, jika disaat ini ada pemimpin DAP yang menyuruh Mahathir dan gerombolannya pemuja-pemujanya terjun jambatan, mungkin ada yang sanggup demi menjaga hati dan menunjukkan kesetiaan tak berbelah bagi.

Sangat memalukan!


Post a Comment

  1. Sepatutnya melayu Islam bersatu tolak Dap.

    ReplyDelete

 
Top