0

28/11/2016 - Dua pegawai polis lewat petang tadi mengambil keterangan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Abdul Malik Kassim mengenai pameran kontroversi kartunis Zunar.

Di pejabat Exco, Abdul Malik ditemani peguam Cheah Kar Peng yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga.

Sejak 6.00 petang tadi, rakan-rakan serta para pengamal media berkumpul di aras 53 Komtar, susulan tersebarnya Abdul Malik pula ditahan polis.

Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Bin SM Anwarul Haque, 54, ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 serta disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Abdul Malik, Kah Peng, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin serta peguam R.S.N. Rayer yang juga ADUN Seri Delima antara pemimpin negeri yang mengiringi Zunar, ketika polis membuat rampasan perkakas pameran kartunis tersebut.

Bagaimanapun sehari kemudian, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang menolak permohonan reman ke atas kartunis kontroversi berkenaan di ICT Mall dekat Komtar.


Post a Comment

 
Top