1

Pas sekali lagi meletakkan syarat yang pastinya tidak akan dipersetujui langsung oleh seluruh parti pembangkang di negara ini...

Apa syaratnya?? Selepas Pas mendakwa mahu bekerjasama asalkan parti pembangkang yang lain tak buat kacau dalam rumah Pas.

Kini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan satu lagi syarat di mana Pas mahu menjadi boss besar sekiranya pembangkang mahu menjalinkan kerjama dengan parti Islam itu.

Maknanya Pas mahu menjadi pengemudi utama dalam pakatan pembangkang! Korang rasa parti pembangkang yang lain setuju ke dengan syarat Pas tu? Pastinya tidak bebb! Tambah-tambah pulak bagi parti cap roket DAP... Memang tak setuju la!

Namun menurut Pas... Jika parti pembangkang yang lain tidak bersetuju... Takde masalah bagi Pas kerana kononnya mereka mampu bergerak secara bersendirian jika tanpa sokongan parti lain.

Maknanya Pas ni memang ‘hebat’ la sebab yakin mampu menang Pilihan Raya Umum (PRU) walau tanpa sokongan parti lain.

Ujar Hadi..., pihak yang menghulurkan kerjasama harus faham bahawa Pas adalah pengemudi utama.

Bukan itu sahaja, Hadi sekali lagi menjelaskan bahawa Pas hanya akan bekerjasama dengan parti yang mahu menegakkan dan memperjuangkan syair Islam di negara ini.

Malah turut memberi amaran jika sudah jalin kerjasama... Jangan pula ‘mencuri’ dalam rumah mereka.

Maknanya jangan buat perbuatan khianat seperti yang dilakukan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini.

Syarat Pas bukan setakat tu je... bagi yang nak bekerjasama dengan Pas... dorang harus menyokong penuh pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

Dah nampak dah apa yang bakal berlaku dalam pakatan pembangkang ni... Sampai mati pun korang tak akan bekerjasama dengan Pas.

Mana mahunya DAP bagi Pas jadi boss dalam pakatan pembangkang. Habis la kuasa DAP nanti, ye tak?


Post a Comment

  1. Bagus...jgn dipatuk ular dua kali dari satu lubang.

    ReplyDelete

 
Top