1



6/11/2016 - Seorang individu memuatnaik satu status dilaman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.

Individu berkenaan, Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.

Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.

Perbuatan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.


Post a Comment

  1. Baju merah buat demo mrk bising..
    Baju taik kuning buat demo...mrk sanjung...
    Apa cerita nie...

    ReplyDelete

 
Top