0




Perang di antara peminat iPhone dan peranti Android kini semakin serius apabila mereka mendakwa mempunyai kelebihan yang lebih diantara satu sama lain.

Komen-komen didalam laman sembang serta forum yang menyokong iPhone, Apple dan iOS akan menerima paling banyak reaksi negatif walaupun ia dipenuhi fakta yang benar memandangkan pengguna peranti berkenaan mahu menegakkan kelebihan masing-masing.

Kajian yang dilakukan di Universiti Lincoln dan Lancaster United Kingdom menujukkan terdapat perbezaan ketara di antara pengguna iPhone dan Android.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan pengguna iPhone didapati lebih angkuh, tidak jujur dan lebih beremosi berbanding pengguna Android.

Kajiselidik selama dua tahun itu telah dilakukan ke atas 530 peserta merangkumi pelbagai lapisan umur dan juga status sosial.

Golongan wanita dan orang muda didapati lebih menggemari iPhone kerana ia adalah peranti yang menunjukkan status mereka di dalam masyarakat.

Pengguna Android pula didapati lebih berusia, jujur, tidak mementingkan kemewahan serta status dan kurang cenderung melanggar undang-undang.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. Sejauh mana kebenarannya masih lagi hebat diperdebatkan, malah ramai yang menganggap kajian ini 90 peratus tepat.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan keputusan kajian ini?


Post a Comment

 
Top