1

Setiausaha DAP bahagian Batu Kawan, Satees Muniandy dilaporkan telah tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi kenyataan berkenaan status yang disifatkan menghina Institusi DiRaja Johor melalui akaun Facebooknya beberapa hari lalu.

Bercakap kepada pemberita di hadapan IPD Bukit Aman, beliau berkata bahawa pihak polis telah menghubunginya sebelum ini dan memintanya memberi kenyataan pada petang ini

Beliau tiba di ibu pejabat Persekutuan kira-kira 2.40 petang sambil diiringi oleh peguam Paramjit Singh dan Gunamalar.

Apabila ditanya mengenai kandungan posting yang menjadi kontroversi berkenaan, Satees enggan mendedahkan sebarang komen kepada media.

Satees hanya menyatakan bahawa pihak polis akan menyiasat beliau di bawah Seksyen 4(1) Akta hasutan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan komunikasi.

Pihak polis juga akan menyiasat mengapa beliau memadamkan status serta kandungan tersebut jika ia benar-benar tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral oleh Pemuda MIC pada hari Ahad lalu. 3 lagi laporan Polis kemudiannya menyusul dibuat oleh beberapa NGO.

Dalam posting Facebook beliau sebelum ini, Satees telah "memberitahu" Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa daripada mengambil bahagian dalam demonstrasi di Johor.

Satees kemudiannya bertindak memadamkan status berkenaan setelah ianya mendapat reaksi negatif dari rakyat seluruh negara.


Post a Comment

  1. Bila ular bergabung dengan anjing dan babi(DAPIGS)....kurang ajar dan biadap menjadi amalan harian.

    ReplyDelete

 
Top