0

10/11/2016 - Ahli DAP Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thin, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menggelar Tun Mahathir sebagai bapa ayam dan juga ular, kini menganggap pengundi di Malaysia seumpama lembu didalam satu status Facebooknya.

Menurut ahli DAP tersebut, pengundi adalah seumpama lembu kerana senang menurut arahan yang diberikan, selain mudah untuk dijaga walaupun berbadan besar.

Perumpamaan yang dikeluarkan oleh ahli DAP itu adalah sangat keterlaluan dan boleh dianggap sebagai menghina seluruh pengundi di negara ini.

Walaupun DAP menang di P.Pinang dan sudah memerintah selama dua penggal, ianya tak mungkin akan terjadi tanpa hasil sokongan pengundi di negeri ini.

Jika Shamsher menganggap pengundi sebagai lembu yang mudah ditundukkan, mungkin beliau lupa bagaimana bahayanya lembu apabila sudah ‘naik minyak’ nanti.

Selain mempertahankan gelaran bapa ayam dan ular yang diberikannya kepada Tun Mahathir, Shamsher juga menganggap apa yang dikatakannya sewaktu majlis DAP sebelum ini adalah wajar.

Beliau menjelaskan, permintaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan gelaran tersebut ditarik balik, sebenarnya tidak membawa makna apa-apa.

Seluruh Ahli DAP dan rakyat telah mendengar apa yang hendak disampaikan dan ianya merupakan langkah bijak untuk menunjukkan siapa Mahathir yang sebenarnya, ujar beliau.


Post a Comment

 
Top