0

Peniaga nasi lemak yang popular dengan nama Nasi Lemak Anak Dara hari ini tampil menjelaskan isu seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan kualiti nasi lemaknya.

Menurut peniaga berkenaan, isu tersebut telah selesai selepas beliau dan juga pengadu berkenaan berjumpa dan berbincang dari hati ke hati.

Beliau juga mahu semua pihak agar tidak memanjangkan isu tersebut memandangkan pihaknya telah 'berdamai' dengan pengadu dan telah menyelesaikan masalah berkenaan.

Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna laman sosial yang bernama Sarimah Jaafar memuatnaik sekeping gambar sebungkus nasi lemak yang didakwa dibeli dari peniaga terbabit.

Didalam gambar tersebut, beliau menjelaskan bahawa peniaga terbabit mengabaikan kualiti makanan yang dijual dan dikatakan 'lupa diri' selepas popular.

Gambar bungkusan nasi lemak tersebut menjadi viral dan dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

Ada yang mengecam peniaga terbabit dan ramai yang tidak percaya bahawa itu adalah bungkusan 'Nasi Lemak Anak Dara'. - Utaranews


Post a Comment

 
Top