0

12/11/2016 - Demi menjaga kepentingan alam sekitar serta kelangsungan flora dan fauna yang bakal diwarisi kepada generasi masa depan, sebarang penghapusan hutan dan juga penerokaan alam semulajadi haruslah dihentikan serta merta di P.Pinang.

Kesan yang buruk hasil dari penerokaan alam sekitar di negeri ini, dapat di lihat apabila banjir kilat serta tanah runtuh berlaku dibeberapa tempat di negeri ini terutamanya di kawasan bukit.

Menurut laporan dari sebuah NGO yang memantau alam sekitar di negeri ini, keluasan kawasan hutan semula jadi di P.Pinang semakin berkurangan iaitu 7.4 peratus daripada keseluruhan negeri.

NGO berkenaan juga mendedahkan bahawa keadaan itu berpunca daripada aktiviti pembangunan tidak terancang dan penarahan bukit secara berleluasa yang dikatakan gagal diselia oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Hasil pemantauan mereka juga mendapati, kini hanya enam peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri itu dikategorikan sebagai hutan masih terlindung.

Jelas terbukti bahawa kawasan hutan semulajadi ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi menampung keperluan rakyat, selain menjadi ejen semula jadi untuk mengelak hakisan tanah.

Penyusutan peratusan hutan ini akan menjadi kerugian besar kepada rakyat, yang akhirnya pasti akan membawa kebinasaan kepada seluruh penempatan manusia dan juga haiwan.

Justeru itu, rancangan kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi kelulusan kepada dua syarikat besar bagi memajukan 1200 perumahan mewah di Pulau Jerejak, harus ditentang oleh rakyat negeri ini keseluruhannya.

Pulau yang menjadi habitat bagi pelbagai spesis flora dan fauna itu selama ini menjadi pemangkin kepada keseimbangan alam sekitar. Apakah kita terlalu zalim untuk hanya mementingkan diri sahaja?

Mengapa Pulau Jerejak yang sepatutnya di wartakan sebagai hutan simpan kekal di P.Pinang itu diberikan kelulusan untuk pembangunan mewah? Adakah keuntungan kerajaan negeri serta kroni lebih penting dari tanah air sendiri?

Jika dibiarkan Pulau Jerejak diteroka dan dibangunkan untuk kepuasan politikus serta pemaju-pemaju hartanah yang rakus menggadaikan negeri, apa lah yang tinggal untuk anak cucu di masa hadapan nanti?

Oleh yang demikian, pembangunan rumah mewah di Pulau Jerejak seharusnya tidak dibenarkan dan dihalang! Ianya tidak akan menguntungkan rakyat melainkan mereka-mereka yang hanya pentingkan wang ringgit semata-mata!


Post a Comment

 
Top