2

1. Balik Bersih, tengok kat TV berita lapor bersih hambar. Merusuh dalam rumah sorang-sorang depan TV.

2. "Buta ke hapa diorang ni? Mau 600 ribu ada kat Klcc tadi?"

3. Bukak internet baca menteri punya statement, terus share kata menteri bodoh. Takut la tu, kata kau.

4. Carik bukti yang perhimpunan tadi ramai, yakinkan diti sendiri yang jumlah peserta seramai yang dijangka. Carik aerial shot yang membuktikan firasat sendiri. Tenang seketika.

5. Terbaca artikel orang share viral "Psikologi Penyokong Bersih." Rasa nak terajang aje siapa yang tulis benda tu. Bodoh. Mesti makan dedak.

6. Hati tenang semula apabila baca artikel yang unjukkan kebodohan geng merah. Geng merah bersilat, bergaduh sesama sendiri, geng merah tak kutip sampah. Tersenyum kembali. Hati rasa puas kerana tahu dia berada di pihak yang cerdik.

7. "Tidur lah. Penat berjuang tadi," fikir kau.

8. Sambil baring duk tertanya-tanya apa sebenarnya  berlaku. Berarak, kemudian tunggu Mahathir sampai. Dengar ucapan Mahathir promote Parti Bunga.

9. "Eh, apasal tiba-tiba Mahathir watak utama Bersih pulak ni?" terpinga-pinga berfikir. "Bukan ke...ah, tak lah, mesti dia dah insaf...mesti punyalah....mesti dia nak tebus salah lama dia. Mesti."

10. Teringat pasal nampak geng gereja datang Bersih bawak sepanduk bercirikan agama. "Takpe, takpe, itu hak diorang. Yang penting iman aku teguh dan Allah lebih mengetahui. Orang Islam pun buat...orang Islam pun buat. Kena adil."

11. "Kenapa ada geng lgbtq tadi eh? Kenapa diorang berani sangat umum gerakan diorang ni?" tanya kau dekat diri kau sendiri.

12. "Takpelah kot. Hak dia lah nak mintak kebebasan seksual ni, asal diorang tak kacau aku sudah. Lagipun diorang manusia. Siapalah kita nak halang diorang bersenggama mixed and match jantina," bisik kau lagi.

13. "Tapi..." Mata tiba-tiba buntang.

14. Beberapa minit mata menatap siling sambil terkebil-kebil.

15. "Aku kena tetapkan hati ni. Ini untuk masa depan. Jika aku kena pilih antara dua kejahatan, aku pilih yang bantah Najib," fikir kau tegas. "Najib perlu turun dulu."

16. Esoknya, anda pun bangun dan meneruskan semula hidup anda macam biasa.

17. Bangun, buka telefon dan tengok ada update baru pasal kes 1MDB terus share. Pejuang lah katakan.

18. Tapi dalam hati tau ada beberapa benda yang tak kena dan pelik pasal Bersih tapi anda takut nak kritik, takut isu-isu macam tu boleh membawa kepada pertelingkahan antara perwira baju kuning.

19. Berkata-katalah anda pasal isu yang anda langsung tak tau macam 1MDB, yang semuanya datang dari artikel dan hebahan orang lain.

20. Tapi isu depan mata, anda pendam dan simpan sorang-sorang walaupun anda nampak dengan mata anda sendiri.

21. Rasa lega jugalah anda ada baju merah nak jadi modal untuk banding dengan baju kuning. Kalau baju kuning saja yang berhimpun, memang tak ada modal langsung sebenarnya yang nak digunakan sebagai propaganda.

22. "Takkan nak burukkan geng sendiri pulak, kan? Kena fokus kan diri ni!" kata anda sambil tampar-tampar muka sampai tertanggal cermin mata.


~ mantot


Post a Comment

  1. mak ai ramainya umat malaysia. Melayu ke cina ke india. Sian bangsa melayu yang menyokong bangsa lain untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Jangan fikirr masa ini fikirkan untuk masa depan. Jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Fikirlah dengan tenang. Adakah bangsa lain marahkan ketuanya walaupun buat salah. Dorang akan pertahankan hingga ketitisan darah yg terakhir dan akan terus cover hingga diilupai kes tersebut.

    ReplyDelete
  2. Dahsyat guna super-impose yg tipu bilangan sebenar kuning. Lihat betul orang yg suduk atas bumbung tegak steady jer mmg la tipu

    ReplyDelete

 
Top