0

11/11/2016 - Dahulu kerajaan DAP berjanji kepada rakyat P.Pinang untuk mewartakan Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpan kekal bagi mengekalkan alam sekitar di negeri ini, tetapi kini ia jadi sebaliknya.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional P.Pinang Teng Chang Yeow, kerajaan DAP negeri sudah pun meluluskan pembangunan semula pulau berkenaan yang pastinya akan merosakkan alam sekitar di kawasan terbabit.

Teng mendedahkan, dua syarikat pemaju hartanah telah mendapat kelulusan kerajaan negeri bagi membangunkan 32.37 hektar tanah di pulau tersebut.

Dua syarikat pemaju berkenaan ialah Penang Development Corporation (PDC) dan juga UDA Holding, telah mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk membina 1200 unit rumah mewah di Pulau itu.

Jelas Teng, kerajaan DAP negeri harus menjelaskan hal ini kerana PDC yang diberikan projek untuk membangunkan pulau itu mempunyai 49 peratus pemilikan saham didalam Tropical Resort Sdn Bhd (TIRSB).

TIRSB pula memiliki kesemua tanah yang bakal dibangunkan di Pulau Jerejak. Adakah PDC telah menjual sahamnya itu kepada UDA Holding ataupun ia dijual secara tender terbuka? Soal Teng.

Teng juga mempersoalkan mengenai apakah kerajaan DAP sudah hilang pemilikan tanah di Pulau Jerejak yang selama ini dimilikinya menerusi TIRSB.

Ini merupakan satu lagi pembangunan rakus yang dijalankan oleh kerajaan DAP negeri yang bertujuan untuk mencari keuntungan semata-mata. Jika benar mereka mahu membantu rakyat, kenapa hanya rumah mewah sahaja yang dibina?

Rakyat negeri ini patut kesal kerana akhirnya Pulau Jerejak yang menjadi habitat kepada flora dan fauna, kini tergadai akibat sikap tamak kerajaan DAP.

Apa lagi yang tinggal di negeri ini untuk diwariskan pada generasi hadapan? Hanya banjir kilat dan bencana alam sahaja lah nampaknya.


Post a Comment

 
Top