0







4/11/2016 - Hujan lebat pagi ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air seperti di Bayan Baru dan Bukit Jambul. Juga berlaku di beberapa kawasan di Taman Lip Sin dan Batu Maung.

Kerajaan DAP negeri hanya menunding jari pada kerajaan pusat bila berlaku sebegini tapi jalan penyelesaian yang efektif tak diambil juga.

Duit RM305 juta boleh habis buat kertas kerja, tapi tak boleh pula nak selesaikan masalah banjir yang lebih utama. Apakah masalah rakyat tak lagi penting bagi kerajaan DAP negeri?

Dalam tahun ini sahaja, sudah 6 kali kawasan berkenaan dilanda banjir apabila hujan lebat melanda. Takkanlah Guan Eng dan DAP mahu Bukit Jambul tenggelam dulu baru nak buat sesuatu?

Dahulu Guan Eng bukan main hebat lagi mendabik dada kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang dan juga Kelantan hanya dalam tempoh sekejap sahaja.

Kenapa pula banjir di negeri P.Pinang dia tak mampu pula nak selesaikan? Dimana semua pemimpin DAP P.Pinang yang selama ini sibuk berlagak depan rakyat kononnya mereka mampu buat apa saja?

Kini rakyat P.Pinang menderita akibat banjir yang berpunca dari kerajaan DAP negeri, mana pemimpin-pemimpin Pakatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan negeri?

Sebelum ini Guan Eng meminta sokongan rakyat P.Pinang didalam isu mahkamahnya, tetapi yg hadir semasa pendengaran kes Guan Eng tak sampai 100 orang di Mahkamah P.Pinang.

Apakah pengabaian terhadap isu banjir kilat yang melanda negeri ini merupakan balasan kepada rakyat yang tak menyokong Ketua Menteri tersebut?


Post a Comment

 
Top