0

23/11/2016 - Akibat dari malu kerana mempunyai Ketua Menteri yang didakwa dalam kes rasuah di mahkamah, sekumpulan rakyat P.Pinang bertindak membawa sepanduk mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan.

Kumpulan berkenaan melakukan demonstrasi secara aman sambil melaung-laungkan 'Undur Guan Eng' dan juga 'Guan Eng Penipu' dihadapan bangunan Dewan Undangan Negeri P.Pinang sebentar tadi.

Mereka juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah membawa malang ke negeri ini kerana sejak beliau memerintah, pelbagai bencana alam melanda negeri sehingga menyebabkan penduduk negeri ini kesusahan.

Bercakap kepada media, wakil kumpulan terbabit turut menyalahkan Setiausaha Agung DAP berkenaan didalam isu banjir yang kerapkali melanda negeri sepanjang tahun.

Beliau turut mahu Guan Eng menyelesaikan masalah banjir tanpa menunding jari kepada pihak lain serta menghentikan kemusnahan alam sekitar di Pulau Pinang khususnya penerokaan lereng bukit.

Jelas beliau lagi, imej kerajaan DAP negeri akan semakin dipandang hina oleh rakyat negeri ini selagi Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri kerana anak lelaki Lim Kit Siang itu dikatakan tidak pandai mentadbir negeri.

Guan Eng harus meletakkan jawatannya jika tak tahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan jika hanya tahu memenuhkan kantung sendiri dan kroni dengan wang negeri, ujar beliau.

Lim Guan Eng sebelum ini telah didesak oleh pelbagai pihak supaya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana disiasat dalam dua pertuduhan rasuah di mahkamah.

Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian kerana beranggapan dirinya tak bersalah kerana membeli rumah banglo mewah dengan harga yang murah dan juga dikatakan salahguna kuasa didalam pembelian tanah di Balik Pulau.


Post a Comment

 
Top