0

8/11/2016 - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini mengumumkan Pelan rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Pinang serta peruntukan dari kerajaan Pusat.

Peruntukan RM 150 juta oleh kerajaan pusat itu diharap akan mencegah terjadinya banjir kilat dimasa hadapan dan juga menjamin kesejahteraan penduduk sekitar.

Menurut beliau, kerajaan Pusat sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat, khususnya yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang sering dilanda banjir di P.Pinang.

Walaupun kerajaan DAP negeri sering berdalih dari melakukan sebarang tindakan mencegah banjir dari berulang dikawasan berkenaan, kerajaan pusat tetap komited membantu rakyat.

Menurut Zainal lagi, kerajaan Pusat sering mengutamakan kebajikan rakyat walaupun di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Oleh disebabkan itulah, kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap segenap lapisan rakyat biarpun sering difitnah dan ditohmah oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dengan pelbagai dakyah palsu.

Sebelum ini, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng menyalahkan kerajaan Pusat dan juga menuduh kerajaan mengabaikan rakyat diatas berlakunya banjir kilat di negeri ini.

Turut mengecam kerajaan Pusat ialah beberapa pemimpin DAP di P.Pinang yang sebulat suara menganggap negeri ini dianaktirikan oleh pemimpin atasan negara.

Walaupun sebelum ini kerajaan DAP mendabik dada mengaku bahawa mereka mempunyai simpanan wang yang banyak, namun ketidakmampuan mereka untuk mengatasi isu banjir telah menjatuhkan imej mereka dimata rakyat.

Dengan bantuan besar dari kerajaan Pusat ini, rakyat dapat menilai siapa yang lebih mengutamakan rakyat didalam soal menjaga kebajikan. Kerajaan DAP hanya tahu bercakap kosong, sebaliknya kerajaan Pusat yang melaksanakan semuanya.


Post a Comment

 
Top