0



24/11/2016 - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mencabar semua komponen BN agar meninggalkan parti tersebut kerana UMNO yang menjadi tunjang BN telah menyokong usul pindaan RUU 355.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar mengutuk MCA, MIC, Gerakan dan SUPP kerana dikatakan mengkhianati Perlembagaan Persekutuan negara ini.

Selain itu, anak kepada Lim Kit Siang tersebut menganggap parti-parti komponen BN berkenaan sedang menipu rakyat Malaysia apabila masih menyokong UMNO yang mahu Hudud dilaksanakan.

Guan Eng menjelaskan bahawa, walaupun DAP menghormati hak orang Islam di negara ini, tetapi mereka menentang pindaan RUU 355 kerana ia didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri P.Pinang, turut menyatakan bahawa DAP sangat menentang undang-undang Hudud yang cuba dibawa oleh Parti Islam seMalaysia (PAS).

Menurut beliau lagi, cadangan pindaan Akta 355 yang dimahukan oleh PAS dan disokong oleh UMNO/BN akan mendekatkan lagi Malaysia ke arah undang-undang Hudud.

Guan Eng juga menegaskan mahu sebarang pindaan terhadap undang-undang Islam, perlulah melalui perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Dengan kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP ini, maka jelaslah bahawa parti berkenaan serta Pakatan Harapan menolak sebarang penambahbaikan terhadap undang-undang syariah di Malaysia.

Kenyataan tersebut juga mengesahkan bahawa sememangnya DAP secara ekstrem menolak perlaksanaan hukum Islam Hudud yang terpakai dikalangan umat Islam sahaja.


Post a Comment

 
Top