2


Datuk Ustaz Kazim Elias telahpun membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah kerana telah menyebarkan dakwaan seorang pelajar dicabul di Pusat Pendidikan Maahad Tahfiz Al Barakah miliknya.

Ustaz Kazim Eliaz dan 3 orang lagi termasuk ibu bapa pelajar telah bersama-sama membuat laporan polis kerana ingin membersihkan namanya dan juga reputasi sekolah maahad tersebut.

Ustaz Kazim Elias (UKE) memberitahu beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Ini komen UKE:

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya...  
"Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.  
“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara. 
“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,” 

Setelah laporan itu dibuat, Wardina telah membuat kenyataan balas melalui laman sosial FB miliknya.

Wardian mengatakan dia tidak pernah mendedahkan nama maahad tahfiz dan juga nama Ustaz Kazim Elias. Bagi Wardina, siasatan ke atasnya hanyalah membuang masa.

Post a Comment

  1. Poor lady wardina.Tak ada kerja pergi sondol sana sini tak cukup dengan pilihan yang ada.Iaitu,kalau tak suka lihat atau baca artikel terbabit boleh duduk diam atau pun buat hal lain.Kontrovesi wardina ujud setiap kali buka mulut dan menaip di papan keyboard kerana wardina bertabiat suka membebelkan cetusan minda separuh intelek.Jika berIQkan average tak akan masuk kedalam lintasan takdir DKE melainkan jika tersirat naiwaitu jelek yaitu cubaan mendapatkan atau menenggek publisiti cheap sale di ruang siber.Wardina boleh dengan pilihan berdiam diri dengan bersangka baik tetapi sayang wardina pendek akal dan low IQnya.

    ReplyDelete
  2. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kata,buruk padahnya...

    ReplyDelete

 
Top