0

Entah sejak bila parti DAP ni tak berani dan kecut perut untuk menghina institusi raja dan sultan... Setahunya sebelum ini ahli DAP bukan main lantang lagi mengkritik keputusan dan titah-titah sultan dan raja. Tapi kali ni lain pula jadinya.

DAP hari ini menggesa ahli partinya agar melakukan permohonan maaf serta merta kepada  Sultan Ibrahim Sultan Iskandar  akibat ‘ketelanjuran’ dan penghinaannya terhadap titah Sultan Johor.

Ahli parti rasis dan cauvinis DAP, M Satees bertindak memuatnaik satu status mempertikaikan titah Sultan Johor di laman Facebook miliknya. Satee mendakwa sultan tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan perintah larangan untuk berhimpun.

Akibat daripada sikap kurang ajar tersebut... DAP telah mengarahkan Satees agar segera membuat permohonan maaf terhadap Sultan Johor. Apa yang menghairankan... Sejak bila DAP pandai arah ahlinya untuk buat permohonan maaf??

Sebelum ni bukan sahaja permohonan maaf tapi mengaku salah pun tak mahu... Pelik sungguh! Tiba-tiba boleh jadi ‘baik’ dan arah ahlinya untuk segera meminta maaf kepada sultan dan netizen kerana telah menimbulkan kemarahan mereka.

Mungkin ini semua permainan DAP bagi menampakkan parti mereka kononnya baik... Yela sebab sebelum ini Syed Saddiq Syed Rahman pun ada juga menghina titah sultan seperti Satees. Mungkin dorang nak netizen melebelkan Satees sama seperti Syed Saddiq.

Biar nampak Syed Saddiq sahaja yang biadap terhadap institusi raja dan bersalah dalam hal tersebut... Walhal hakikatnya DAP pun sama je. Tak tahu hormat Islam dan institusi raja.


Post a Comment

 
Top