1

Dengan kehadiran penyokong di demonstrasi Bersih yang semakin menurun sebanyak 80 peratus, dan juga siri jelajah seluruh negara yang hambar dan tidak mendapat sambutan, siapa yang mahu Maria Chin Abdullah dihapuskan?

Langsung tak masuk akal jika penyokong Bersih dan juga kroni Maria Chin mengatakan ugutan peluru hidup yang baru diterimanya adalah dari musuh politik.. Kalau dikatakan diterima dari Ah Long yang mengutip hutang, itu pasti lebih logik dan dipercayai ramai.

Sepatutnya Maria dan juga para penyokongnya sedar, taktik menggunakan surat ugutan bersama peluru kononnya untuk menunjukkan diri diancam, sudah terlalu lapuk untuk menarik perhatian orang ramai.

Mungkin Maria Chin dan juga para penyokongnya masih beranggapan bahawa rakyat Malaysia masih hidup didalam tahun 80-an yang mungkin akan kecoh apabila seseorang individu menerima ugutan sedemikian.

Tetapi Maria dan para penyokong baju kuningnya harus ingat bahawa rakyat Malaysia kini sedang berada di zaman yang serba moden dan juga di mana maklumat hanya berada di hujung jari sahaja. Oleh itu mereka bukan mudah untuk diperbodohkan.

Lagipun, Maria Chin bukanlah seorang ahli politik yang mempunyai kuasa atau pengaruh untuk menentukan sesuatu hal didalam negara. Maria Chin hanyalah boneka pembangkang yang dipergunakan bagi menganjurkan demonstrasi haram yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia sahaja.

Kalaupun ada yang sakit hati kepada beliau, mungkin ianya datang dari dalam kem pembangkang sendiri kerana demonstrasi baju kuning yang dikepalai oleh Maria Chin terbukti GAGAL apabila hanya mampu menarik 40 ribu orang berbanding 300 ribu orang pada awal-awal dahulu.

Mustahil pemimpin kerajaan akan bertindak mengugut Maria kerana apalah sangat kesan demonstrasi Bersih yang GAGAL walaupun sudah masuk musim yang kelima itu. Pemimpin kerajaan masih memerintah, dan Maria masih berada dijalanan.

Yang marah mungkin pemimpin pembangkang sahaja kerana Maria GAGAL menyelesaikan misi yang diberikan walaupun banyak peruntukan yang dihabiskan bagi menjayakan demonstrasi aman tersebut. Itu belum dikira masa dan tenaga yang dibazirkan lagi.

Kesimpulannya, wayang surat ugutan berserta peluru oleh Maria Chin Abdullah itu hanyalah satu taktik bagi menarik simpati dan juga campurtangan luar sahaja. Maria sudah tentu sedar bahawa masanya kian pendek untuk menjatuhkan kerajaan, tambahan pula selepas dipenjara.

Post a Comment

  1. Memang propaganda dan strategi perang saraf untuk menjatuhkan Malaysia dan menganggap keseluruhan institusi perlembagaan Malaysia mengamalkan penindasan dan kekejaman pada sesiapa yang menentangnya. Ketara sangat bila menulis ugutan dalam bahasa inggeris jadi seluruh dunia bokeh faham. Alat propaganda. Pegang peluru? Tu mmg kelakar

    ReplyDelete

 
Top