0


Sekeping Nota didakwa ditulis oleh 'Hantu Jambatan' telah ditemui oleh beberapa penduduk di bawah jambatan kedua P.Pinang yang dipercayai ditujukan kepada Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng.

Didalam nota yang dilekatkan di salah satu tiang bawah jambatan tersebut, 'hantu' berkenaan mengecam DAP serta Lim Guan Eng yang didakwa cuba mempolitikkan kematian seorang peniaga melayu yang terjun di jambatan terbabit.

Guan Eng juga dikatakan sengaja mahu mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku demi kepentingan politik DAP yang katanya kini semakin jatuh dimata rakyat P.Pinang.

Dalam nota berkenaan juga, 'hantu' tersebut mendakwa Pulau Jerejak kini sudah mula diteroka dan ia bukan lagi menjadi hak milik rakyat P.Pinang.

Perbuatan kerajaan DAP pimpinan Guan Eng yang telah banyak melakukan kemusnahan terhadap tanah negeri ini juga turut dikecam oleh 'hantu' berkenaan.

Selain itu, penganjuran satu forum yang bertajuk 'Tragedi Lahar Yooi' juga turut dikecam oleh 'hantu' tersebut didalam notanya. Dia mahu kerajaan DAP segera menghentikan program terbabit kerana memalukan keluarganya.

Berikut adalah kandungan nota dari 'Hantu' tersebut..

"Saya amat terkilan apabila kematian saya diperjudikan demi kepentingan parti yang memerintah Pulau Pinang. Selepas kematian saya baru-baru ini, saya dapat lihat banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Yang terbaru apabila saya menyelam ke Pulau Jerjak saya dapati sudah ada batu-batu (kuari) di Pulau tersebut dan dapati pulau tersebut telah tergadai dan bukan lagi hak Pulau Pinang.

Saya amat tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang membuat program 'TRAGEDI LAHAR YOOI' untuk kepentingan politik Lim Guan Eng. Saya mengecam Lim Guan Eng kerana membuat program yang akan mengaibkan saya dan keluarga dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang memjual rokok seludup. PROGRAM INI MESTI DIHENTIKAN. "


Post a Comment

 
Top