0



9/11/2016 - Ramai dikalangan rakyat P.Pinang sudah mula mengatakan bahawa ada ura-ura bahawa akan ada kenaikan cukai pintu di negeri ini pada tahun depan.

Selepas kenaikan tarif air dan juga pelbagai cukai dinaikkan oleh kerajaan negeri termasuklah cukai katil di hotel, kenaikan cukai pintu sudah tentu akan mengakibatkan rakyat semakin terhimpit.

Jika benar kenaikan tersebut bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri, ia akan melibatkan kenaikan kos taraf hidup segenap lapisan golongan rakyat.

Kali terakhir kerajaan P.Pinang menaikkan cukai berkenaan adalah pada hujung tahun 2014. Namun kenaikan tersebut hanyalah sedikit iaitu pada kadar 0.5 peratus sahaja.

Walaupun kajian mengenai kenaikan cukai terbabit ditetapkan dalam tempoh lima tahun sekali, kerajaan negeri dibenarkan untuk menaikkan cukai berkenaan tertakluk pada Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sebagai makluman, permohonan untuk menaikkan dan penilaian bagi menaikkan kadar cukai pintu telah dibuat oleh pihak MPPP dan MPSP sejak tahun 2009 lagi.

Hanya pada hujung tahun 2014 sahaja ianya diluluskan kenaikannya, namun difahamkan pendapatan dari kenaikan tersebut tidak mencukupi berbanding dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua agensi berkenaan.

Pada tahun 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menambah pendapatan 20.46 juta dengan kutipan RM180.9 juta berbanding RM160.438 pada tahun 2014.

Kutipan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula mengalami peningkatan RM20.49 juta dengan RM158.2 juta dikutip tahun 2015, berbanding RM137.7 juta pada tahun 2014.


Post a Comment

 
Top