0

12/11/2016 - Kerakusan kerajaan DAP yang didakwa membiarkan projek pembangunan tak terkawal, khususnya dikawasan lereng bukit sangat dikesali oleh penduduk setempat.

Jika diperhatikan, semenjak akhir-akhir ini semakin banyak kawasan bukit di negeri ini telah digondolkan sehingga menjejaskan sistem air semulajadi dan mengakibatkan risiko tanah runtuh.

Hasilnya, tanah runtuh serta mendapan jalan berlaku dikawasan-kawasan yang selama ini rakyat tidak terfikir pun untuk berlakunya bencana alam sedemikian.

Hujan lebat yang baru berlaku beberapa hari kebelakangan ini, menyaksikan tanah runtuh berlaku di kawasan Paya Terubong yang berhampiran dengan tapak projek Ecoworld.

Penduduk kawasan berhampiran juga dilanda dengan banjir lumpur sehingga paras buku lali yang mengakibatkan kerosakan pada barangan rumah dan juga kenderaan.

Seorang penduduk dikawasan terbabit meluahkan rasa bimbang terhadap tanah runtuh yang terjadi, sehingga menyebabkan banjir lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama kejadian sedemikian berlaku walaupun sebelum ini hujan turun dengan lebat dan juga banjir kilat melanda kawasan tersebut.

Beliau juga berpendapat kejadian tanah runtuh berkenaan berpunca dari hilangnya kawasan tadahan air semulajadi dikawasan bukit berhampiran.

Menurutnya lagi, jika pembangunan yang hanya mementingkan keuntungan dijalankan secara berterusan tanpa memulihara alam sekitar, satu hari nanti bencana yang lagi teruk akan melanda.


Post a Comment

 
Top