1

17/11/2016 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang, DS Zainal Abidin Osman hari ini mengecam perbuatan DAP dan Lim Guan Eng yang menganjurkan satu Forum Tragedi Bunuh Diri Lahar Yooi yang akan berlansung di Tasek Gelugor.

Menurut Zainal, perbuatan DAP tersebut amat tidak wajar kerana kematian adalah merupakan perkara yang sensitif khususnya pada keluarga, anak-anak simati dan juga masyarakat setempat.

Beliau berasa kesal kerana kerajaan DAP dan juga Guan Eng semakin cenderung untuk bertindak mempolitikkan segala hal termasuklah mempolitikkan kematian umat Islam.

Beliau juga berpendapat bahawa rakyat P.Pinang kini semakin 'letih' dengan sikap Guan Eng dan DAP di negeri ini yang gemar mengheret semua perkara ke kancah politik termasuklah orang yang bunuh diri terjun jambatan.

Sewajarnya, kerajaan DAP negeri menyeru kepada kebaikan dan juga menyeru kepada kasih sayang dikalangan rakyat negeri, bukannya menyemai politik kebencian yang tak boleh membawa kebaikan sesama manusia.

Zainal juga menegaskan bahawa Islam mengajar umatnya untuk berbaik-baik sesama saudara, dan bukannya sentiasa menunjukkan kebencian dan tidak mengawal emosi yang akhirnya akan membawa kepada perkara yang negatif.

Beliau turut menasihati kerajaan DAP negeri agar menjuarai isu rakyat serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat, dan bukannya menghidangkan politik sepanjang masa kepada masyarakat.

Sebelum ini, DAP merancang untuk mengadakan satu forum berkenaan Tragedi Lahar Yooi yang akan membincangkan mengenai kejadian peniaga melayu yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua P.Pinang.

Forum yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng itu dianggap menghina Islam kerana didakwa mahu 'memuliakan' kes bunuh diri dikalangan umat Islam serta mengaibkan keluarga si mati.


Post a Comment

  1. Kerja bangang yg dilakukan oleh org yg bangang.

    ReplyDelete

 
Top