0

Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung kira-kira empat bulan dulu mungkin membuatkan namanya dikecam hebat namun kini Uqasha Senrose boleh menarik nafas lega apabila dirinya semakin diterima.

Malah komen negatif di ruangan komen juga semakin berkurang selain daripada bilangan pengikut beliau di Instagram kini meningkat menjadi dua juta.

“Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang dapat buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram pula naik dengan mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk saya, tetapi ikut juga saya di Instagram.

Sekarang dah sampai dua juta pengikut di Instagram. Dulu hanya 1.2 juta saja. Yang bercakap banyak itulah sebenarnya yang ikut saya”

“Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa. Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca.

Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,” katanya kepada media berhubung dengan perkara itu.

Sebelum ini, kecoh apabila Uqasha yang dulu terkenal dengan penampilan berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana merasakan beliau seolah berpura-pura dengan diri sendiri.

Enggan bersikap hipokrit lagi Uqasha nekad membuka tudung, namun tindakan itu mengundang kecaman hinggakan beliau terpaksa menutup ruangan komen di akauan Instagram.

Post a Comment

 
Top