3

Video pergaduhan sekumpulan lelaki India dan juga Cina telah menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam.

Menurut laporan Polis yang telah dibuat, kejadian pergaduhan tersebut berlaku di sebuah restoran cina di Jalan Ah Choo, Pandamaran.

Dalam pergaduhan berkenaan, seorang lelaki cina parah ditetak di bahagian tangan dan juga di kepala oleh seorang lelaki India yang bersenjatakan parang.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana kehilangan banyak darah.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan tersebut berpunca dari perasaan tidak puas hati diantara kedua-dua kumpulan terbabit.

Kumpulan lelaki india tersebut didakwa membuat bising sehingga menganggu kumpulan lelaki cina berkenaan dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan.

Pihak Polis sedang mengesan beberapa individu untuk melakukan siasatan berhubung dengan kejadian.


Post a Comment

 
Top