1

22/11/2016 - Seorang wakil rakyat DAP, Yeoh Soon Hin (DAP-Paya Terubong) meminta kerajaan DAP Pulau Pinang agar mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada pemaju untuk membina kondominium mewah, khususnya berhampiran kawasan bukit.

Menurut wakil rakyat DAP berkenaan, Pulau Pinang tidak memerlukan banyak pembangunan projek Kondominium mewah yang merugikan golongan bawahan.

Menurut Yeoh, kerajaan DAP negeri perlu mengkaji semula kelulusan yang telah mereka berikan kepada pemaju untuk membina kondominium setinggi 60 tingkat di kawasan Pantai Tanjung Bungah.

Selain daripada dikhuatiri akan merosakkan lereng bukit, projek berkenaan juga dipercayai akan menyebabkan kerosakan pada kawasan tadahan air yang semakin kurang di negeri ini.

Yeoh juga menjelaskan, projek Kondominium 60 tingkat itu hanya dibuat mengikut kehendak pemaju sahaja tanpa membawa faedah kepada penduduk setempat.

Manakala, penduduk asal dikawasan berkenaan juga sudah pasti akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan seperti risiko tanah runtuh dan juga banjir.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kini sering dikecam hebat oleh rakyat kerana terlampau mengutamakan keuntungan didalam melaksanakan projek perumahan di dalam negeri.

Pelbagai masalah lain seperti ekonomi, kesesakan trafik, banjir dan isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat, langsung tidak diambil peduli oleh kepimpinan negeri.


Post a Comment

  1. Jgn undi Dap dalam pru akan datang.

    ReplyDelete

 
Top